| | |

Pembangunan Modal Insan & Kebajikan

Laman Utama » Pembangunan Modal Insan & Kebajikan

 

Pengenalan

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan bertanggungjawab dalam menguruskan pelbagai aktiviti yang melibatkan kemajuan pendidikan Orang Asli, program Pembangunan Modal Insan Orang Asli, Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran Orang Asli, serta menyediakan bantuan kebajikan perubatan kepada masyarakat Orang Asli  melalui kerjasama dua hala dengan agensi luar yang berkepentingan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) seksyen utama iaitu Seksyen Modal Insan dan Seksyen Latihan dan Kebajikan Orang Asli.

Seksyen Modal Insan (SMI) berperanan membuka peluang dan memajukan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi sama ada di dalam mahupun di luar negara. Disamping itu, Seksyen Modal Insan turut memainkan peranan dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli bermula dengan pendidikan non-formal dan seterusnya memperkasakan Institusi Sosial Orang Asli iaitu Institusi Tok Batin dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).

Manakala Seksyen Latihan dan Kebajikan (SLK) pula berperanan dalam usaha meningkatkan pembangunan minda, meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan nilai-nilai positif di dalam diri dengan cara memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli melalui kursus-kursus, latihan kemahiran dan kerjaya bagi mencetuskan anjakkan paradigma seiring dengan perkembangan arus perdana negara. Disamping itu, seksyen ini turut memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran kesihatan masyarakat Orang Asli melalui program yang komprehensif dan  penyediaan bantuan Kebajikan Am serta Kebajikan Perubatan kepada masyarakat orang Asli.

Hala tuju ini turut dijayakan diusahakan melalui program-program utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini iaitu :

  • Program Pengajian Tinggi
  • Program Pendidikan Formal dan Non-Formal
  • Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
  • Program Tok Batin dan MPKK Orang Asli

Pendidikan Non-Formal

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan melalui Unit Pendidikan Non-Formal telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengumpulan data, pemantauan dan perlaksanaan program bagi pusat pendidikan non-formal merangkumi Tabika, Taska dan Pusat Penggalak Pembaca.

Pada tahun 2019, Unit ini merekodkan jumlah pusat pendidikan non-formal yang menempatkan kanak-kanak Orang Asli di 279 buah Tabika, 11 buah Taska dan 15 buah Pusat Penggalak Pembaca. Manakala jumlah enrolmen kanak-kanak Orang Asli berumur 3 hingga 6 tahun adalah berjumlah 4,931 orang di Tabika, 140 orang di Taska dan 232 orang di Pusat Penggalak Pembaca. Pembantu Operasi (PO) lantikan JAKOA pula seramai 292 orang dan Ibu Penggalak Pembaca seramai 53 orang.

 

Jadual : Data Maklumat Tabika, Taska dan 3P untuk tahun 2019

 

Bil.

Kelas

Bil
Kelas

Tenaga
Pengajar

Pelajar

Jumlah
Pelajar

Guru

PO

Lelaki

Perempuan

1.

Tabika

279

285

281

2,435

2,496

4,931

2.

Taska

11

28

11

73

67

140

3.

3P

15

53

0

117

115

232

 

 

Pendidikan Formal (Persekolahan Sekolah Rendah dan Menengah)

Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan melalui Unit Pendidikan Formal telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengumpulan data, pemantauan dan perlaksanaan program pendidikan yang memberi impak positif dalam pembangunan pendidikan anak-anak Orang Asli di peringkat persekolahan. Antara program yang telah dilaksanakan pada Tahun 2019 adalah seperti berikut.

 

Enrolmen Murid Orang Aslif di Peringkat Persekolahan bagi tahun 2019

Bil.

Negeri

Sekolah Rendah

Sekolah
Menengah

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Lelaki

Perempuan

Jumlah

1.

Negeri Sembilan & Melaka

923

930

1,853

347

437

784

2.

Perak & Kedah

3,731

3,824

7,555

1,696

2,113

3,809

4.

Selangor & Wilayah Persekutuan

1,226

1,235

2,461

530

580

1,110

6.

Johor

935

933

1,868

935

933

1,868

7.

Pahang

4,937

4,751

9,688

2,159

2,747

4,906

9.

Kelantan & Terengganu

1,470

1,345

2,815

439

624

1,063

Jumlah

13,222

13,018

26,240

6,106

7,434

13,540

 

Unit Pengajian Tinggi

Pada tahun 2019, unit ini telah merekodkan seramai 1,197 pelajar Orang Asli yang sedang menuntut di Universiti Awam (UA) manakala di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seramai 116 pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang seperti dijadual.

 

Jadual  : Bilangan Pelajar Orang Asli Sedang Menuntut dan Tamat di UA dan IPTS bagi tahun 2019

Bil.

Program Pengajian

UA

IPTS

Sedang
Menuntut

Tamat

Sedang
Menuntut

Tamat

1.

Matrikulasi/ Asasi

30

30

1

2.

Sijil

150

75

2

3.

Pra-Diploma

30

30

4.

Diploma

524

233

97

35

5.

Ijazah

463

195

16

4

Jumlah

1,197

563

116

39

 

Unit Pembangunan Komuniti

Pada tahun 2019, Unit ini merekodkan seramai 604 penjawatan Tok Batin dengan peruntukan sebanyak RM6,523,200.00 sementara dan 268 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) yang melibatkan perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM6,271,200.00. Pecahan adalah seperti jadual dibawah.

 

Jadual : Pecahan Data dan Peruntukan Batin/ Penghulu dan MPKKOA Tahun 2019

Bil.

Negeri

Tok Batin

MPKKOA

Isi

Kosong

Jumlah

Aktif

Tidak Aktif

Jumlah

1.

Johor

44

1

45

19

8

27

2.

Kelantan & Terengganu

45

5

50

13

5

18

3.

Negeri Sembilan & Melaka

52

5

57

21

11

32

4.

Pahang

202

10

212

83

5

88

5.

Perak & Kedah

181

4

185

24

26

50

6.

Selangor & Wilayah Persekutuan

51

4

55

46

7

53

Jumlah

575

29

604

206

62

268

 

Unit Latihan

Unit ini telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya sepanjang tahun 2019. Seramai 660 orang pelatih Orang Asli telah menamatkan kursus dan kini memegang jawatan mengikut bidang masing-masing dan menjana pendapatan di antara RM900.00 hingga RM8,000.00 sebulan. Program Pembangunan Modal Insan bagi memperkuatkan jati diri peserta Orang Asli juga turut diterapkan dalam pelaksanaan PLKK Tahun 2019. Ia bertujuan untuk memastikan pelatih dapat menamatkan kursus dengan jayanya serta mendapat sijil kemahiran untuk digunakan pada masa depan.

Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2) serta Sijil Iktisas.

Matlamat program ini adalah memberi maklumat 19 kursus PLKK JAKOA tahun ini kepada belia/ beliawanis masyarakat Orang Ali untuk mendapatkan latihan dan peluang kerjaya. Selain itu, memberikan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan taraf hidup dengan peluang kerjaya swasta. Melahirkan generasi belia/beliawanis yang berkeyakinan, berketrampilan dan berdaya saing dalam menjalani kehidupan bekerjaya serta berpendapatan tetap.

 

Unit Kerjaya

Unit Kerjaya diwujudkan adalah untuk menyediakan program pembangunan kerjaya sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan Masyarakat Orang Asli yang berketerampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri.  Ianya telah memainkan peranan yang signifikan dalam pasaran tenaga kerja masyarakat Orang Asli. Unit ini bertindak sebagai penghubung dan pemudahcara di antara sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dengan pemohon-pemohon kerjaya dari kalangan masyarakat Orang Asli selain memasarkan calon-calon bersesuaian berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang ada sama ada secara padanan kerja Job-matching atau temuduga terbuka walk-in interview.

Kemaskini Terakhir :

Skip to content