5-7 OKTOBER 2020, KURSUS TEKNOLOGI PENGELUARAN LADA HITAM JAKOA/MPB
Pihak JAKOA Negeri Perak telah bekerjasama dengan Lembaga Lada mengadakan Kursus teknologi pemasaran lada hitam di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Johor Bahru
Peserta projek tanaman lada yang terlibat dari Kampung Orang Asli Beswok. Lawatan ladang projek tanaman lada diusahakan oleh encik Rahman di kampung Sungai Tiram Ulu Tiram pada tahun 2016.
Jumlah pokok sebanyak 400 pokok dewasa yang telah mengeluarkan hasil yang berkualiti. Projek ini juga merupakan projek kelompok komoniti Felda Inas Kulai, Johor. Jumlah pokok yang telah diusahakan pada tahu 2018 adalah sebanyak 6000 pokok dan sebanyak 100 pokok telah ditanam dalam pasu yang merupakan inovasi terbaru hasil inisiatif pengerusi komuniti.
Jumlah peserta seramai 16 Orang Asli dan 45 orang pegawai yang telah telibat.
Turut hadir Pengarah JAKOA negeri Perak, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, Penolong Ketua Pengarah Lembaga Lada Wilayah Semenanjung dan pegawai-pegawai yang turut sama terlibat.

Kemaskini Terakhir :