Lawatan kerja ke Projek Getah untuk Pribumi (GUP) di Kampung Orang Asli Bukit Payung

Lawatan Kerja Pengerusi LGM ke GUP Bukit Payung
ALOR GAJAH, 9 September 2020- YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama Ahli Lembaga Pengarah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Getah untuk Pribumi (GUP) di Kampung Orang Asli Bukit Payung.
Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama Ahli Lembaga Pengarah telah diberi taklimat berkaitan projek ini yang dimulakan pada tahun 2013 dan kini telah mengeluarkan hasil dan dapat menjana pendapatan pada peserta.
Turut hadir sama adalah Pengarah JAKOA NSM, Pn Shahrani bt Idderis.

Kemaskini Terakhir :