Lawatan Kunjung Hormat, Ramah Mesra & Sesi Dialog di Yayasan Pahang & Pelajar PETAMA

09 Sep 2020 (Rabu) – Lawatan Kunjung Hormat, Ramah Mesra & Sesi Dialog Pen. Pengarah 1 Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan (PMK) JAKOA Malaysia En. Suhairy Bin Abd Ghani dan (PMK) JAKOA Pahang di Yayasan Pahang & Pelajar PETAMA.
Agenda kunjungan tersebut bagi tujuan kerjasama/kolaborasi antara pihak JAKOA dan Yayasan Pahang bersama membincangkan mengenai hal-hal berkaitan pelajar Orang Asli seperti kouta kemasukan, jenis-jenis bantuan pendidikan dan kebajikan. Pihak Yayasan Pahang juga turut menerangkan teknik pendidikan berasaskan modul baharu bagi pelajar kursusnya Orang Asli untuk mempelajari dan mempelajari dengan lebih mudah.
Pada sesi petang, pihak JAKOA berkesempatan beramah mesra dan mengadakan sesi dialog bagi menjawab perkara-perkara yang diutarakan oleh pelajar PETAMA.
JAKOA mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak Yayasan Pahang atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.

Kemaskini Terakhir :