13 Oktober 2020 (Selasa)- Majlis Penutup Program Seminar Pembangunan Usahawan Masyarakat Orang Asli bagi tahun 2020 Anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang (JAKOA) melalui Unit Pembangunan Sosioekonomi.
Seminar ini telah memberikan manfaat kepada 25 peserta Orang Asli dari seluruh daerah dalam negeri Pahang dimana mereka didedahkan dengan ilmu keusahawanan yang lebih mendalam. Antaranya mereka telah diberikan penerangan bagi mewujudkan pengusaha yang progresif untuk meningkatkan produktiviti pertanian, mewujudkan usahawan yang berkarisma dan proaktif dalam menuju negara maju serta mewujudkan kumpulan tenaga yang mahir dan separa mahir untuk keperluan industri pertanian dan keusahawan.
Seminar yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah diisi dengan taklimat yang telah disampai oleh wakil penceramah dari KPLB, UMP, UNISZA, Pengusaha Minyak Wangi Kayu Gaharu dan lain-lain.
Sesi penyerahan sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Tuan Johari Bin Alwi, Pengarah JAKOA Pahang sekaligus menyempurnakan majlis penutupan program seminar ini.

Kemaskini Terakhir :