| | |

Permohonan Khidmat Masyarakat Dan Lawatan

Laman Utama » Permohonan Khidmat Masyarakat Dan Lawatan

PROSEDUR BAGI PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT DAN LAWATAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

(Tarikh kemaskini : 9 Julai 2020)

  1. Permohonan untuk melakukan penyelidikan hanya menggunakan Borang Permohonan Khidmat Masyarakat / Lawatan. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui laman web JAKOA di jakoa.gov.my dan klik pautan menu ePerkhidmatan > Muat Turun Borang > Borang Permohonan Khidmat Masyarakat Dan Lawatan.
  1. Permohonan yang dibuat secara berkumpulan hanya Pengurus Projek/ Ketua Projek yang perlu mengemukakan permohonan.
  1. Pemohon perlulah menghantar borang permohonan 14 hari awal dari tarikh sebelum menjalankan program khidmat masyarakat / lawatan.
  1. Pemohon dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai JAKOA Daerah atau Negeri berkenaan terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan bahawa Ketua (Tok Batin) dan masyarakat kampung berkenaan tiada halangan dan tidak berlaku pertindihan program lain pada waktu dan tempat yang dicadangkan.
  1. Permohonan yang lengkap mestilah disertakan dengan dokumen – dokumen seperti berikut:-
  • BORANG PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT / LAWATAN – Borang permohonan bagi melakukan Program Khidmat Masyarakat/ Lawatan Di Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia. SILA SERTAKAN APPENDIX 1 YANG TELAH DITANDATANGANI;
  • SURAT PENGESAHAN RASMI daripada agensi/Syarikat/Universiti/Kolej /Pertubuhan NGO; dan
  • KERTAS KERJA RINGKAS berkenaan Program yang ingin dijalankan.
  1. Sekiranya program melibatkan pelajar Orang Asli atau premis di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemohon perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KPM.
  1. Sekiranya program melibatkan pemeriksaan kesihatan Masyarakat Orang Asli yang menjurus kepada penyelidikan klinikal, melibatkan pegawai / kakitangan atau dilaksanakan di premis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemohon perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KKM.
  1. Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima. Semua kelulusan bagi melakukan program akan dimaklumkan melalui emel dan juga pos.
  1. Setelah diluluskan, pemohon mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jabatan Kemajuan Orang Asli berhak membatalkan program Khidmat Masyarakat/Lawatan jika pihak penganjur didapati melanggar peraturan yang telah
  1. Satu laporan program hendaklah diserahkan kepada :

                  Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

                  Tingkat 3, Wisma Golden Eagle Realty,

                  142-C, Jalan Ampang,

                   50450 Kuala Lumpur

                   (U/P: Unit Kajian)

11.Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mail, unitkajian@jakoa.gov.my atau melalui telefon 03-21610577 ext 321 / 330.

MUAT TURUN BORANG. KLIK PAUTAN LINK DIBAWAH:-

Kemaskini Terakhir :

Skip to content