| | |

Permohonan Penyelidikan

Laman Utama » Permohonan Penyelidikan

PROSEDUR BAGI PERMOHONAN PENYELIDIKAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ATAU FASILITI JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

(Tarikh kemaskini : 9 Julai 2020)

1.Permohonan untuk melakukan penyelidikan hanya menggunakan Borang Permohonan Kajian. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui laman web JAKOA di www.jakoa.gov.my dan klik pautan menu ePerkhidmatan > Muat Turun Borang > Borang Penyelidikan

2.Permohonan kajian yang dibuat secara berkumpulan hanya dibuat menerusi Pengurus Projek/ Ketua Projek.

3. Pemohon perlulah menghantar borang permohonan kajian 14 hari awal dari tarikh sebelum menjalankan penyelidikan di perkampungan Orang Asli atau di fasiliti JAKOA.

4. Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pemohon perlu mengemukakan permohonan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM melalui pendaftaran atas talian, http://eras.moe.gov.my (sumber : http://www.moe.gov.my).

5. Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan tinggi yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pemohon perlu memohon kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, KPT.

6. Sekiranya penyelidikan berkaitan kesihatan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pesakit fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pemohon perlu didaftarkan secara atas talian di National Medical Research Register (NMRR) – https://nmrr.gov.my (sumber : Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2015) . Manakala bagi kajian kesihatan tanpa perlu melalui NMRR, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan daripada lembaga etika penyelidikan yang berkaitan.

7. Bagi pengkaji daripada Universiti Luar Negara, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui e-mail, oridb@epu.gov.my atau talian telefon di 603-8872 3254.

8. Permohonan kajian yang lengkap mestilah disertakan dengan dokumen – dokumen seperti berikut:-

·         BORANG PERMOHONAN KAJIAN – Borang permohonan bagi melakukan Kajian Penyelidikan di Perkampungan Orang Asli. SILA SERTAKAN APPENDIX 1 YANG TELAH DITANDATANGANI;

·         SURAT PENGESAHAN STATUS PELAJAR daripada Universiti / Kolej;

·         CADANGAN PENYELIDIKAN yang lengkap mengandungi, Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metadologi Penyelidikan

·         SURAT KELULUSAN KAJIAN BAGI PERKARA (4), (5), (6) ATAU (7) bagi kajian berkaitan.

9. Permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima. Semua kelulusan bagi melakukan program akan dimaklumkan melalui emel dan juga pos.

10. Setelah diluluskan, pemohon   mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jabatan Kemajuan Orang Asli berhak membatalkan kelulusan jika mendapati pengkaji melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

11. Satu naskah laporan/ tesis kajian dalam bentuk hardcopy dan softcopy hendaklah diserahkan kepada :

                           Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

                           Tingkat 3, Wisma Golden Eagle Realty

                           142-C, Jalan Ampang,

                           50450 Kuala Lumpur

                           (U/P: Unit Kajian)

12. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mail, unitkajian@jakoa.gov.my atau melalui telefon 03-21610577 ext 321 / 330.

 MUAT TURUN BORANG. KLIK PAUTAN LINK DI BAWAH:-

Kemaskini Terakhir :

Skip to content