Program Outreach Pendaftaran OKU Bersama Masyarakat Orang Asli.

JEMPOL, 6 Oktober 2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan melalui Unit Pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mengadakan Program Outreach Pendaftaran OKU bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu Peti.
Program ini bertujuan menjalankan kempen pendaftaran OKU dan memberi maklumat terkini tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKM. Melalui program ini juga dapat merancangan pembangunan bagi golongan OKU dilaksanakan dengan lebih berkesan serta efektif.
Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Puan Rosnah Sardi, Pengarah JKM Negeri Sembilan.
 
 

Kemaskini Terakhir :