| | |

Soalan Lazim

Laman Utama » Soalan Lazim

Sejarah awal penubuhan pentadbiran masyarakat Orang Asli bermula di Negeri Perak apabila kerajaan Negeri menguatkuasakan enakmen ‘Perak Aboriginal Tribes Enactment’ No.3, Disember 1939 dengan melantik seorang ‘Field Etnographer’ yang bertindak sebagai ‘Protector of Aborigines’.

Pada tahun 1954, selepas beberapa langkah penambahbaikan dilakukan, Jabatan Orang Asli (JOA) ditubuhkan di bawah ‘Aborigional People Ordinance’, No.3 1954. Ketika pembentukkan Negara Malaysia pada 16 September 1963 nama Jabatan Orang Asli telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).


Selepas 47 tahun pemakaian nama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, ketika pembentangan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Oktober 2010, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan penukaran namanya kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

 

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ialah nama baru menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang berkuatkuasa penggunaannya pada 15 Januari 2011.

Tujuan utama penubuhan awal JAKOA adalah untuk melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka daripada kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi masyarakat luar disamping menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi.

Perubahan nama kepada JAKOA telah memperluaskan lagi peranannya ke arah pembentukan masyarakat Orang Asli yang lebih progresif dan dinamik selari dengan Visi JAKOA iaitu, Organisasi penggerak yang unggul dalam memajukan masyarakat Orang Asli setanding masyarakat perdana.

Ia boleh dilaksanakan melalui pendekatan pembangunan secara inklusif yang melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Tujuannya adalah untuk mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluaskan kemudahan prasarana dan amenitisosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih baik, melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik serta pemuliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli.

Boleh, klinik pesakit luar menerima semua pesakit yang memerlukan rawatan tetapi keutamaan tetap diberikan kepada Orang Asli.

Muzium Orang Asli, Gombak dan Perpustakaan Jabatan Kemajuan Orang Asli, Gombak terletak di KM. 24, Jalan Pahang, Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pelawat yang ingin melawat Muzium Orang Asli, Gombak. Muzium Orang Asli, Gombak dibuka setiap hari Sabtu hingga Khamis (termasuk cuti kelepasan am) daripada 9:00 pagi hingga 5:00 petang kecuali hari Jumaat ditutup.

Borang serta syarat-syarat yang perlu anda patuhi boleh dirujuk dan dimuat turun daripada Laman Web Rasmi JAKOA.

Bantuan Kebajikan

a) makan pengiring pesakit
b) keperluan diri pesakit di wad
c) kenderaan untuk ke klinik/ hospital
d) bantuan pengurusan jenazah
e) pengesanan waris
f) ambilkan ubat dan hantar ke kampung

Bantuan Perubatan
a) pembiayaan perubatan
b) pembiayaan alat sokongan
c) bantuan berkhatan

a) pencarian/ pemadanan pekerjaan melalui kerjasama NBOS (kerajaan dan swasta)

b) penyediaan surat sokongan kepada yang memohon pekerjaan di Sektor Kerajaan

a) bantuan-bantuan boleh dimohon melalui JAKOA Daerah atau JAKOA Negeri mengikut Seksyen yang terlibat

b) terdapat borang-borang dan maklumat-maklumat yang perlu dilengkapkan sebelum dokumen-dokumen tersebut dihantar ke Ibu Pejabat juga seksyen yang berkenaan

Kemukakan surat permohonan kepada Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, JAKOA dan sertakan surat sokongan daripada agensi/majikan/IPTA/IPTA yang berkenaan. Sekiranya status pemohon dari luar negara, permohonan hendaklah dimajukan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Pemohon perlu mengisi borang yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan dan menandatangani serta mematuhi syarat-syarat di dalam peraturan-peraturan untuk menjalankan program. Kelulusan permohonan akan diberikan bagi tempoh masa 3 – 7 hari bekerja bagi permohonan yang telah lengkap diterima

Pelajar hendaklah membuat permohonan melalui IPTA atau IPTS secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kemajuan Orang Asli

Pihak luar boleh mohon sekiranya bertujuan untuk hadiah/latihan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Aset.

Pihak syarikat haruslah melalui prosedur belian terus / sebutharga / tender yang dikeluarkan oleh JAKOA.

Pelantikan bagi sebarang perjawatan tetap diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh itu, permohonan perlu dirujuk kepada SPA (www.spa.gov.my)

Bagi mana-mana individu atau syarikat produksi pengambaran yang ingin membuat pengambaran video/filem mengenai masyarakat Orang Asli diperkampungan Orang Asli perlu mengemukakan permohonan kebenaran secara bertulis kepada Ketua Pengarah JAKOA (u/p : Unit Perhubungan Awam). Setiap permohonan perlu disertakan Surat Permohonan Pengambaran Video/Filem, mengisi Borang Permohonan Pengambaran Video/Filem (http://www.jakoa.gov.my/muat-turun/) dan lampiran kertas kerja atau skrip mengenai pengambaran video/ filem.

Data yang terkini yang telah dikemaskini pada tahun 2019, jumlah penduduk Orang Asli di negeri Perak adalah 23,395 orang.

257 buah (Kampung yang diiktiraf)

7 buah (Kampung Serpihan)

Antara suku kaum Orang Asli yang terdapat di negeri Perak adalah Semai, Temiar, Lanoh, Kensiu dan Jahai.

Antara kemudahan asas yang terdapat di perkampungan Orang Asli adalah Bekalan Air, Bekalan Elektrik, Jalan, Balai Sewang, Masjid, Surau dan Gereja.

Selain mencari hasil hutan, masyarakat Orang Asli di negeri Perak turut mengusahakan ternakan lembu dan kambing.  Di sesetengah kawasan, masyarakat Orang Asli turut mengusahakan tanaman koko, pisang, getah dan kelapa sawit untuk menjana pendapatan.

Boleh. Aduan hanya melibatkan Pegawai Jabatan / Organisasi sahaja. Pengadu perlu menyalurkan maklumat yang sahih beserta bukti bagi membolehkan Unit Integriti melaksanakan siasatan dengan terperinci.

Aduan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

 

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklum balas menggunakan nombor rujukan kes yang telah  didaftar dalam sistem SISPAA

Standard Operating Procedures (SOP) JAKOA mengambil kira tempoh masa penyelesaian kes tertakluk  kepada dua (2) kategori aduan seperti berikut:

i)

Biasa

:

 

Empat Belas (14) Hari Bekerja

 

ii)

Kompleks

:

Tiga Ratus Enam Puluh Lima (365) Hari Bekerja

  • Kelewatan / Tiada Tindakan;
  • Tindakan Tidak Adil;
  • Kekurangan Kemudahan Awam;
  • Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang;
  • Salah Guna Kuasa / Penyelewengan;
  • Tatakelakuan Anggota Awam;
  • Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan;
  • Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan.

Kemaskini Terakhir :

Skip to content