| | |

Usahawan

Laman Utama » Usahawan

Helmi Bin Naim Ahmad

HELMI BIN NAIM AHMAD adalah usahawan Orang Asli yang berjaya, berasal dari Kampung Orang Asli Ulu Chembong 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Beliau berumur 25 tahun, suku kaum temuan.

Usahawan Orang Asli yang mempunyai kebolehan dalam mengukir dan mencipta produk kraftangan berasaskan kayu terbuang (tunggul kayu) jenis tembusu dan alam semulajadi. Beliau juga mempunyai syarikat berdaftar dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli keluarga.

Pada tahun 2010 beliau memulakan langkah daripada sekadar hobi dan penghasilan kraftangan secara kecil-kecilan kepada produk yang lebih besar dan unik. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan bermulalah penubuhan syarikat Temuan Abo Craft pada 10 April 2013 sebagai pemilikan tunggal TEMUAN ABO CRAFT. Beliau juga mengembangkan perniagaan dalam ekopelancongan iaitu penginapan chalet bermula pada tahun 2017. Beliau telah mencapai beberapa kejayaan seperti berikut:

 

2013              

Berjaya memenangi Booth Tercantik Karnival Orang Asli 2013 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam

2014

Berjaya memenangi Tempat Ke 3 Export Furniture Malaysia

( EFE ) dalam kategori Garden Furniture bertempat di KLCC, Kuala Lumpur pada 5 – 8 Mac 2014

Berjaya memenangi tempat ke 3 Promosi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada 4 -7 Disember 2014 di MITC Ayer Keroh Melaka

2015  

Terpilih untuk mempromosikan produk kraf di Milan, Italy

JualanTertinggi, Kategori Mesra Pelanggan semasa Karnival Usahawan Orang Asli Tahun 2015 bertempat di Kuantan Prade, Pahang

2016   

Anugerah Usahawan Mara Negeri Sembilan bertempat di

Royal Bintang

Anugerah Usahawan Jaya JAKOA dan KKLW bertempat di Seremban Prima, Negeri Sembilan

2017

Terpilih untuk mempromosikan produk kraf di German

Ikon Orang Asli Islam (JAKIM) pada 11 April 2017  bertempat di Kelab Tasik Putrajaya

Ikon Belia Orang Asli (Kementerian Belia Sukan) di Dataran Temuan Abo Craft, Negeri Sembilan Anugerah Remaja Perdana ( Gangsa ) yang dianugerahkan Oleh YB. Brig Gen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan

Menghadiri perbincangan TN50 Meja Bulat bersama

Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2017  bertempat di Pejabat Perdana Menteri,Putrajaya

Penghargaan dari Universiti Sains Islam Malaysia atas latihan Dedikasi  dan kerjasama kepada wakil pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama

 

BANTUAN YANG DITERIMA

Beliau pernah menerima bantuan daripada agensi JAKOA seperti premis ruang niaga beserta peralatan bengkel sebanyak RM 70,000.00 pada tahun 2015 dan 2016.

LATIHAN DAN KURSUS

Beliau pernah mengikuti kursus dan latihan di bawah JAKOA seperti kursus asas pengurusan homestay, kursus pemasaran  digital online, kursus SKM 2, kursus kemasan produk dan kursus anyaman rotan.

 

Nur Raziana Binti Ramli

NUR RAZIANA BINTI RAMLI adalah usahawan Orang Asli yang berjaya dalam bidang ternakan kelulut. Beliau berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong Sungai Pelek, Sepang,Selangor Darul Ehsan. Beliau berketurunan  suku kaum Mah Meri. Beliau berpengalaman dalam bidang ternakan kelulut selama 7 tahun. Beliau memulakan ternakan kelulut secara sambilan pada tahun 2013 bermula dengan 3 sarang. Minat beliau terhadap ternakan lebah kelulut tinggi sehingga beliau mengikuti kursus hands holding di bawah anjuran JAKOA dan MARDI pada tahun 2014. Peserta yang mengikuti kursus ini telah mendapat bantuan peralatan dan ternakan kelulut. Lanjutan daripada bantuan tersebut beliau memulakan ternakan kelulut di sekitar rumah dan beliau juga membuat pendaftaran syarikat pada 22 September 2014 dengan nama syarikat TRIGONA ASLI ENTERPRISE.  Pada tahun 2015 beliau mengembangkan perniagaan menjual & membeli madu kelulut asli, menjual & memasarkan produk berasaskan lebah kelulut seperti sabun,lip balm, lilin, aromatherapy, beepollen dan sebagainya. Di samping itu beliau juga menjual & memborong sarang lebah kelulut dan juga menjadi jururunding dan khidmat nasihat untuk kursus dan latihan berkaitan lebah kelulut.  Beliau juga mencapai beberapa kejayaan seperti berikut:

2016

Penglibatan beliau dalam Persatuan Usahawan Lebah

Kelulut (PUKM)

 

Shareholder dalam Akademi Kelulut Malaysia (AKM)

 

Jururunding  PASFA (Pesatuan Peladang Negeri Pahang

2017

Bekerjasama dengan Homestay Banghuris sehingga kini

2018

Bekerjasama dengan Universiti Andalas Padang

Sehingga kini

2019

Bekerjasama dengan Pusat Tahfiz Darul Furqan

 

Beliau juga membantu usahawan Orang Asli yang mengusahakan ternakan Kelulut seperti membimbing dan menuai hasil kelulut usahawan Orang Asli untuk dipasarkan. Pendapatan beliau pada masa kini adalah sebanyak RM 20,000.00 sebulan.

BANTUAN YANG DITERIMA

Beliau pernah menerima bantuan ternakan kelulut daripada JAKOA seperti bantuan sarang kelulut, bangunan makmal dan peralatan serta peralatan mesin dan anggaran kos sebanyak RM75,000.00.

LATIHAN DAN KURSUS

Beliau pernah mengikuti kursus anjuran JAKOA dan agensi lain seperti Kursus Penternakan Lebah Kelulut, Kursus Intensif Ternakan Lebah Kelulut Tahap 2, Seminar Perbandingan Ternakan Lebah APIS Dan Lebah Kelulut 2014, Kursus Pemprosesan Produk Hiliran Lebah  Kelulut, Kursus BEESCAPE Kelulut, Kursus Pengenalan ID Kelulut Bengkel Produk Hiliran Berasaskan Kelulut Siri 1, Seminar Usahawan Orang Asli 2014 dan Program Halal Negeri Selangor 2014 (Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan).

Norazman bin Jamalim

Johara Binti Ibrahim

Kemaskini Terakhir :

Skip to content